Program Pemprosesan Makanan merupakan salah satu kursus pertanian yang ditawarkan di Kolej Vokasional Lahad Datu. Matlamat Program Pemprosesan Makanan adalah untuk membentuk Penyelia Pengeluaran & Pemprosesan Makanan bagi peringkat SVM dan membentuk Penolong Pegawai Pengeluaran & Pemprosesan Makanan bagi peringkat Diploma. 

Tempoh pengajian bagi program ini adalah 4 tahun 6 bulan secara keseluruhan. Tempoh pengajian bagi peringkat SVM adalah 2 tahun yang merangkumi 4 semester manakala, bagi peringkat Diploma adalah 2 tahun 6 bulan merangkumi 5 semester termasuk On Job Training.

Anda boleh merujuk brochure di bawah untuk mengetahui maklumat tentang program ini dengan lebih lanjut.